Kek Raja Buah Durian Cheese Cake


Seperti yang di janjikan.. hari ini ita ingin kongsikan satu lagi resepi yang boleh di jadikan ibu duit di kalangan suri rumahtangga, ibu-ibu tunggal, atau anak-anak di IPTA mahupun IPTS yang nak mencari sedikit wang saku. Maklumlah sekarang ni ekonomi negara tak berapa baik. Masalah kewangan dengan harga barangan yang semakin hari semakin meningkat seringkali membelengu dan menghimpit kehidupan.  Ramai antara kita yang cuba mencari sumber lain untuk menambahkan ekonomi keluarga.

Sebenarnya ramai yang minta ita kongsikan resepi yang mudah di sediakan untuk di buat jualan. Adik-adik kita di IPTA.. nak cari duit saku.. tak nak bebankan ibu bapa katanya.. nak masuk kelas tak mampu.. maklumlah yuran kelas sekarang pun boleh tahan juga mahalnya..

Resepi kali ini adalah satu cabaran yang cukup besar juga bagi ita. Al makhlum.. ita ni tak makan durian.. bau durian pun dah buat kepala ting! tong! Tapi di sebabkan tak tahan dengan bau durian, maka ita perlu segera habiskan durian yang banyak di rumah ni untuk segera nyahkan bau durian yang senerbak satu rumah.

Durian-durian ini adalah pemberian dari adik ipar. Kebetulan suaminya dapat banyak durian dan di bahagikan kepada kami sekeluarga kerana dia tahu anak-anak ita suka makan durian.. cuma maknya aje yang tak boleh nak makan durian..


Dahulu ita pernah kongsikan resepi Durian Delight dalam buku masakkan ita. Resepi itu mendapat permintaan yang cukup tinggi bagi pengemar kek durian hingga tak menang tangan menerima tepahan setiap minggu. Kalau nak resepi Durian Deligh bolehlah dapatkan buku masakkan ita yang berada di pasaran.

Hari ini satu lagi resepi kek durian yang ingin ita kongsikan. Bagi pengemar kek cheese dan peminat raja segala buah.. pasti inilah kek yang anda tunggu-tunggu. Asyik makan durian creap je.. apakata durian yang banyak tu di buat cheese cake pulak! pasti lebih berbaloi! baloi!

Jom ita tunjukkan cara penyediaan Durian Cheese Cake yang mudah
Sebelum kita ke dapur.. ita terangkan serba sedikit berkenaan penyediaan kek ni.
Kek ini adalah unbaked cheese cake iaitu kek yang tidak di masak.
Kek ni boleh di sediakan dalam bentuk ke sebiji atau di letakkan dalam bekas seperti yang ita sediakan. Ita suka sediakan dalam bekas macam ni sebab mudah nak suimpan dan mudah nak bagi orang... juga mudah untuk di jual sebenarnya.
Tapi jika anda nak sediakan sebiji kek pun boleh, tapi untuk resepi kek anda perlu tambahkan gelatin untuk menstabilkan bentuk kek supaya bentuk kek lebih kukuh.
Untuk yang dalam bekas ni ita tak letak gelatin sebab tak perlu. Ianya lebih lembut.. lebih moist dan lebih creamy! macam makan aiscream kata Dalili ^_^


DURIAN CHEESE CAKE RAJA BUAH

Mula-mula kita sediakan base bawah dia dulu.

150 gm biskut Marie atau biskut Oreo
30 gm Cornflakes atau almond Flakes ( kalau guna almond bakar dulu sebentar )
90 gm butter


Satukan Oreo dan cornflakes ( ita guna cornflakes yang kecil, kalau guna yang besar tu ramas-ramas dahulu ya )
Dalam periuk, cairkan butter
Tuangkan butter yang telah cair dan masih panas dalam campuran oreo dan cornflakes dan gaul rata
Tuangkan dalam bekas aluminium dan ratakan padat-padat. Kemudian simpan dalam peti ais hingga ia keras.

* jika nak buat kek gunakan cake ring, ratakan padat-padat

PASTE DURIAN

Kebiasannya bila nak buat kek yang menggunakan durian, ita akan masak durian untuk di jadikan paste. Ini bertujuan supaya kek kita lebih tahan lama. Jika kita terus guna buah durian yang fresh tanpa masak, kek perlu di makan dengan kadar segera, kerana ia mudah menjadi masam. Jadi kalau nak buat jual dan gunakan durian segar, kena beritahu pelanggan , "kek tidak tahan lama dan perlu di makan segera".


6 ulas durian ( kalau nak lebih pun boleh)
3 sudu besar gula ( sukatan gula bergantung pada kemanisan durian )

Masak isi durian dan gula hingga menjadi paste
Angkat dan biarkan sejuk

CHEESE DURIAN


250 gm Cheese
400 gm UHT Whipping Cream
20 gm butter
Paste durian ( paste durian yang kita masak tadi bahagi 3 bahagian. 2 bahagian untuk cheese dan 1 bahagian untuk topping nanti )
3 sudu besar susu pekat ( kalau kurang manis sila tambah )
sedikit esen durian atau esen vanilla

* Jika nak buat kek, kena letak gelatin. Cairkan 12 gm gelatin dengan 60 gm air dan masak cara double boil


Satukan cheese , butter, susu pekat, dan paste durian dalam mixer
Putar hingga adunan sebati dan lembut
* Jika nak buat untuk kek, masa putar boleh tuangkan gelatin yang telah di cairkan cara double boil
Tuangkan UHT Whipping Cream dan pukul sampai kental
* Jangan terlebih pukul, UTH Whipping cream akan mencair bila terlebih di pukul
masukkan dalam piping bag


Keluarkan base bawah dari peti ais
Paipkan atau tuangkan cheese durian di atasnya
Kemudian letakkan isi durian untuk rasa yang lebih yummy! ( tapi tak tahan lama ya, simpan dalam peti ais tahan paling lama 3 hari ~ lebih masa durian akan masam. Jika tak nak letak pun tak apa kek lebih tahan lama )
Tuangkan lagi lapisan cheese dan ratakan
Simpan dalam peti ais hingga keras.

Sementara tunggu cheese keras boleh sediakan topping atas

TOPPING DURIAN

100 gm badam slice ~ di bakar sebentar ( suhu 160C 5 minit sahaja )
150 ml susu segar
10 gm gula
Paste durian ( 1 bahagian dari pada paste durian yang kita sediakan tadi )

40 gm susu segar
16 gm tepung kastard
2 biji kuning telur
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh esen durian atau esen vanilla
sedikit pewarna kuning
*Jika nak tuang atas kek letakkan gelatin ~ cairkan 12 gm gelatin dengan 60 gm air dan masak cara double boil




Satukan susu, gula dan paste durian, kacau rata dan masak atas dapur sebentar
Setelah didih masukkan 2 biji kuning telur yang telah di kocok dahulu.
Satukan 40 gm susu segar dan tepung kastard dan masukkan dalam adunan tadi masak lagi hingga sedikit pekat
* Masa ni boleh letak gelatin yang telah di cairkan cara double boil jika nak tuang atas kek yang sebiji
Tutup api, letakkan pewarna kuning, esen vanilla dan susu pekat manis ( manis tu bergantung pada paste durian, jika kurang manis lebihkan susu pekat )
Sejukkan


Keluarkan kek kita tadi dan letakkan topping durian
Taburkan badam slice yang telah di bakar di atasnya.
Simpan dalam peti ais semula hingga dingin


Sedia untuk di nikmati..
Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!


Satu adunan yang kak ita kongsikan dapat 1 biji kek. Kalau nak letak dalam aluminium tu dapat 3 bekas saiz yang kak ita guna.
harga bergantung pada harga buah durian ya..



Subscribe to receive free email updates: