Basic Butter Cake Yang Sangat Sedap


Ibu duit... ibu duit... ibu duit...
Hari ini ita nak kongsikan satu lagi resepi yang di katakan menjadi ibu duit di kalangan bakers kecil-kecilan atau pun suri rumahtangga.

Ita tahu.. ramai daripada kita yang mengemari butter cake. Bau kek butter yang harum di tambah dengan kegebuan dan kelembutannya, semakin tertarik dengan pelbagai corak dan warna yang menghiasi kejadian kek yang sudah menjadi satu kemestian setiap kali hari raya menjelma.

Tak lama lagi kita semua akan menyambut Aidil Adha. Bagi yang nak pulang ke kampung... apa kata sediakan sebekas dua kek butter ini untuk ibu dan ayah di kampung.

Resepi yang ita ingin kongsikan ini cukup mudah dan cukup simple. Dengan hanya satu resepi sahaja, anda dapat sediakan pelbagai jenis butter cake bersesuaian dengan citarasa anda..
Waaaa... terujakan..
Pasti dah tak sabar nak tahu ni... cuba dok rapat sikit.. akak nak kabor.. ni..


Resepi ni adalah resepi hasil perkongsian dari Chef ibu duit kita yang sangat ita hormati dan kagumi.. Siapa lagi kalau bukan Chef Asma. Kecil-kecil cili api orangnya...  tapi cukup bergeliga sekali dalam membantu mereka yang memerlukan untuk menambah pendapatan keluarga. Dengan hanya berbekalkan satu resepi anda dapat mengeluarkan pelbagai produk kek butter untuk di pasarkan. Macam-macam citarasa anda boleh buat dengan resepi yang satu ni.. letaklah apa pun yang nak di letakkan.. yang pasti rasa kek ini walaupun dengan pelbagai perisa.. hasilnya gebus gebas.. dan marvelous sangat.

Hari ini dengan bebekalkan satu adunan resepi kek butter ni.. ita dapat hasilkan 3 perisa kek butter yang bukan sahaja enak tapi amat menarik sekali.
Dah kata.. tak sia-sia anda belajar dengan yang pakar.. bukan sahaja dapat belajar pelbagai resepi.. anda juga dapat menjadi seorang usahawan yang berjaya hasil tunjuk ajar chef yang di senangi ramai ini. Terima kasih ita ucapkan atas perkongsian dari Chef yang tidak pernah lokek untuk mencurahkan ilmu.. Semoga senantiasa di berkati.. semakin di luaskan pintu rezeki, di berikan kesihatan yang baik dan senantiasa di lindungi rahmat Allah yang Esa.

Pasti dah tak sabar kan?
Apa tunggu lagi.. jom kita berpencak silat di dapur..



BASIC BUTTER CAKE
Resepi oleh : Chef Asma


Bahan A

250 gm margerine planta
50 gm butter
150 gm gula halus atau gula kastor
100 gm gula icing

Bahan B

250 gm telur ~ Tanpa kulit
1/4 sudu teh esen vanilla

Bahan C

250 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder

* Satukan bahan ini dan ayak



Satukan bahan A dalam mixer
Putar adunan bahan A hingga creamy atau putih pucat
Masukkan telur satu persatu dan terus putar hingga sebati
Tambahkan esen vanilla gaul rata
Tuangkan tepung yang sudah di ayak sedikit demi sedikit dan pukul dengan speed perlahan
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak ( adunan ini untuk 3 buku kek yang berlainan perisa )
Sediakan juga 3 bekas aluminium ( 7 x3 inc )

KEK BUTTER BLUEBERRY



Untuk kek butter blueberry, sediakan blueberry paste dan masukkan dalam piping bag
masukkan sedikit adunan dalam bekas aluminium dan ratakan
Letakkan Blueberry paste secara rawak
Tutup semula dengan satu lagi lapisan adunan
Hiaskan atas kek dengan lebihan blueberry
Ketepikan


KEK BUTTER PANDAN 

Untuk kek butter pandan, bahagikan adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak
1 bahagian, letakkan pandan emulco dan pewarna hijau
1 bahagian lagi biarkan plain ( kalau nak letak warna lain pun boleh )
sedikit badam keping untuk hiasan


Tuangkan 1 lapisan plain / putih dahulu ~ ratakan
Kemudian tuangkan lapisan pandan ~ ratakan
Tuangkan lapisan putih ~ ratakan
Tuangkan lapisan pandan ~ ratakan
Akhir sekali ambil belakang sudu dan swirlkan adunan
Taburkan dengan badam untuk hiasan atas
Ketepikan


KEK BUTTER NEAPOLITAN

Untuk kek butter Neapolitan bahagikan adunan kepada 3 bahagian yang sama banyak
1 bahagian letakkan perisa blueberry dan letakkan pewarna purple
1 bahagian letakkan perasa moca
1 bahagian lagi biarkan vanilla


Tuangkan 1 sudu adunan vanila di tengah bekas aluminium
Kemudian tuangkan pula 1 sudu adunan moca di atas dan di tengah-tengah adunan vanilla
Kemudian tuangkan pula 1 sudu adunan purple di atas dan di tengah-tengah adunan moca
Buat dan ulang cara yang sama hingga habis semua adunan
Ketepikan



Bakar adunan kek dalam oven yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 160 C api atas dan bawah selama 45 minit




Tadaaaa....
Dah pun siap
Percaya tak.. dengan hanya 1 adunan sahaja anda dapat hasilkan 3 biji kek yang lembut dan enak dengan pelbagai perisa.
Berseri-seri meja kopi menyambut Aidil Adha nanti
Selamat mencuba!





Subscribe to receive free email updates: